Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

PESTA SUKAN PASTI PUCHONG 2015 TERBAIK !!

4 April 2015, Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong 2015 yang diadakan di KSL Sports Puchong Utama telah berlangsung dengan jayanya. Acara sukan tahunan yang diadakan setiap setahun sekali ini bagi mencungkil bakat tersembunyi pelajar-pelajar PASTI dalam bidang sukan. Di samping itu, pemenang bagi setiap kategori akan mewakili PASTI Kawasan Puchong ke peringkat Negeri seterusnya ke peringkat Malaysia. 

15 buah PASTI sekitar kawasan Puchong mengambil bahagian bagi membuktikan kemampuan masing-masing dalam arena sukan, pada masa yang sama gelaran juara keseluruhan bakal dikalung buat PASTI yang paling cemerlang dalam setiap kategori. Antara sukan yang dipertandingkan pada peringkat Kawasan Puchong adalah Bola sepak, bola jaring, larian 4x25m dan juga perbarisan.

Kehadiran peserta dan ibubapa/ penjaga sangat memberansangkan, ada yang sampai seawal 7.30 pagi lagi. Urusetia dan unit amal bekerja keras bagi persiapan tempat bagi kemudahan orang ramai. Lebih 10 unit gerai turut dibuka bagi memeriahkan majlis, barang jualan terdiri daripada makanan, ais-krim, buku-buku, kain dan lain-lain.

Bermula 8.00 pagi, pendaftaran PASTI dibuka dan sarapan pagi desediakan buat para pelajar agar bertenaga nanti. 
Lebih kurang pukul 9.00 pagi, perarakan perbarisan bermula. Pelbagai corak dan warna ditampilkan oleh setiap PASTI berdasarkan kreativiti masing-masing. Ada juga yang bersorak, melontarkan kata-kata semangat di sepanjang perarakan itu.























Lebih kurang pada pukul 9.30 pagi,  majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu PASTI dan majlis perasmian diserikan lagi dengan kehadiran YB Hajjah Puan Noor Hanim Ismail

Perlawanan serentak bermula lebih kurang pada pukul 10.00 pagi dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan penutup pada 4.00 petang. Berikut adalah keputusan Pesta sukan kawasan Puchong sesi 2015.

Keputusan rasmi Pesta Sukan PASTI Puchong

1. BOLA SEPAK
19 pasukan bertanding
4 Kumpulan liga
2 kumpulan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat kalah-mati.

Pusingan Akhir:
JUARA: PASTI AN-NUR
NAIB JUARA: PASTI LESTARI PUTRA A
KE-3: PASTI PUTRA PERMAI A
KE-4: PASTI PUTRA PERMAI B

Pemain Terbaik perlawanan Akhir: Wan Muhammad Adam Wan Kaswadinata dari PASTI AN-NUR


JUARA: PASTI AN-NUR


NAIB JUARA: PASTI LESTARI PUTRA A


Wan Muhammad Adam Wan Kaswadinata dari PASTI AN-NUR


2. BOLA JARING
18 pasukan bertanding
4 kumpulan liga
2 kumpulan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat kalah-mati.

 Pusingan Akhir:
JUARA: PASTI PUTRA PERMAI A
NAIB JUARA: PASTI LESTARI PUTRA A
KE-3: PASTI AL-IQBAL A

KE-4: PASTI AN-NUR
Pemain terbaik perlawanan akhir:


JUARA: PASTI PUTRA PERMAI A


PASTI LESTARI PUTRA A


3. LARIAN 4 x 25m Kategori Lelaki/ Kategori Perempuan
12 pasukan bertanding setiap kategori
4 pasukan yang mencatat masa terpantas bagi setiap kategori layak ke pusingan akhir

Pusingan Akhir:
3.1 Kategori Lelaki
JUARA: PASTI AS-SYIFAA'
NAIB JUARA: PASTI BESTARI
KE-3: PASTI AL-IQBAL
KE-4: PASTI AN-NUR

3.2 Kategori Perempuan
JUARA: PASTI AN-NUR
NAIB JUARA: PASTI AL-IQBAL
KE-3: PASTI AL-MAWARDI
KE-4: PASTI BESTARI

4. PERARAKAN PERBARISAN
Pasukan dengan markah tertinggi membawa balik piala pusingan
JUARA: PASTI AS-SYIFAA'


Juara Keseluruhan: PASTI 

Majlis penutupan Pesta Sukan ini di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Saudara Fadh Bin Ibrahim. Tahniah kepada para pemenang serta selamat berjuang di peringkat Negeri Selangor.


Dengan ini, kami warga pengelola dan urusetia PASTI Kawasan Puchong ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa di atas kejayaan ini. Turut kami hargai ialah jasa para guru yang tidak mengenal erti penat dalam mendidik tunas-tunas Islam ini badik dalam bidang akademik mahupun sukan. ALLAHUAKBAR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment