Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

NAIB JOHAN BOLA JARING PESTA SUKAN PASTI SELANGOR 2015 MILIK PASTI PUCHONG!


Pada 12 April yang lepas, telah berlangsung Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor di KSL Sport Centre Sri Gombak yang dirasmikan oleh YB Zaidy Abdul Talib, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Alhamdulillah dan setinggi tahniah buat anak-anak cilik 3Pians yang mewakili Pasti Puchong di Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2015 kerana berjaya mengekalkan prestasi menjadi Naib Johan Bolajaring. Walaupun misi mengejar kejuaraan untuk mewakili Selangor di Pesta Sukan PASTI Malaysia di Perlis tidak kesampaian, namun semangat juang anak-anak ini amat menakjubkan.
Mereka bermain dengan begitu cemerlang dan berhabis-habisan dengan 33 jaringan dan hanya bolos 1 jaringan di peringkat kumpulan, seterusnya menambah 15 lagi jaringan di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum tewas kepada Pasti Shah Alam 8-1 di peringkat akhir.
Kesungguhan dan semangat juang mereka sepanjang 7 perlawanan yang mereka harungi memang amat membanggakan. Sokongan padu ibubapa dan ahli keluarga warga 3P amat-amat kami hargai.
Kepada PASTI Lestari Putra, terima kasih diucapkan kerana 'meminjamkan' dua pemain kalian, adik Daania dan Shaura, yang begitu cemerlang di bahagian 'shooter' dan pertahanan.
Pasukan Bola sepak dan larian 4x25m PASTI Puchong pulang sedikit hampa apabila tidak berjaya bagi menaiki podium bagi sesi 2015. Walaupun begitu, semangat berkobar-kobar anak-anak cilik ini tetap membanggakan.
Kepada Pn Siti Maisarah, jurulatih 3P yang begitu berdedikasi, membawa pasukan 3P terus cemerlang sepanjang 5 tahun ini, ucapan penghargaan tidak terhingga kami ucapkan. Buat guru-guru 3P, kalian adalah tunggak pelbagai kejayaan 3P selama ini, begitu berdedikasi dengan semangat kerja berkumpulan yang tinggi.
SYABAS BUAT SEMUA!

 Pasukan Bola Jaring PASTI Puchong




Sekilas Pesta Sukan PASTI Selangor














Keputusan penuh Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor
🏃 Balapan lelaki
1. Kapar
2. Selayang
3. Ampang
🏃 Balapan Perempuan
1. Ampang
2. Kota Raja
3. Kuala Selangor
 Bola sepak
1. Ampang
2. Gombak
3. Kapar
4. PJS
Best player: ampang
 Bola Jaring
1. Shah Alam
2. Puchong
3. Serdang
4. Gombak
Best player: shah alam
👬👭Kontigen terbaik
1. Subang
2. Selayang
3. Kota Raja

ps: Kredit to FB Pasti Putra Permai dan FB Pasti Selangor

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment