Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

NAIB JOHAN BOLA JARING PESTA SUKAN PASTI SELANGOR 2015 MILIK PASTI PUCHONG!


Pada 12 April yang lepas, telah berlangsung Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor di KSL Sport Centre Sri Gombak yang dirasmikan oleh YB Zaidy Abdul Talib, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Alhamdulillah dan setinggi tahniah buat anak-anak cilik 3Pians yang mewakili Pasti Puchong di Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2015 kerana berjaya mengekalkan prestasi menjadi Naib Johan Bolajaring. Walaupun misi mengejar kejuaraan untuk mewakili Selangor di Pesta Sukan PASTI Malaysia di Perlis tidak kesampaian, namun semangat juang anak-anak ini amat menakjubkan.
Mereka bermain dengan begitu cemerlang dan berhabis-habisan dengan 33 jaringan dan hanya bolos 1 jaringan di peringkat kumpulan, seterusnya menambah 15 lagi jaringan di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum tewas kepada Pasti Shah Alam 8-1 di peringkat akhir.
Kesungguhan dan semangat juang mereka sepanjang 7 perlawanan yang mereka harungi memang amat membanggakan. Sokongan padu ibubapa dan ahli keluarga warga 3P amat-amat kami hargai.
Kepada PASTI Lestari Putra, terima kasih diucapkan kerana 'meminjamkan' dua pemain kalian, adik Daania dan Shaura, yang begitu cemerlang di bahagian 'shooter' dan pertahanan.
Pasukan Bola sepak dan larian 4x25m PASTI Puchong pulang sedikit hampa apabila tidak berjaya bagi menaiki podium bagi sesi 2015. Walaupun begitu, semangat berkobar-kobar anak-anak cilik ini tetap membanggakan.
Kepada Pn Siti Maisarah, jurulatih 3P yang begitu berdedikasi, membawa pasukan 3P terus cemerlang sepanjang 5 tahun ini, ucapan penghargaan tidak terhingga kami ucapkan. Buat guru-guru 3P, kalian adalah tunggak pelbagai kejayaan 3P selama ini, begitu berdedikasi dengan semangat kerja berkumpulan yang tinggi.
SYABAS BUAT SEMUA!

 Pasukan Bola Jaring PASTI Puchong




Sekilas Pesta Sukan PASTI Selangor














Keputusan penuh Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor
🏃 Balapan lelaki
1. Kapar
2. Selayang
3. Ampang
🏃 Balapan Perempuan
1. Ampang
2. Kota Raja
3. Kuala Selangor
 Bola sepak
1. Ampang
2. Gombak
3. Kapar
4. PJS
Best player: ampang
 Bola Jaring
1. Shah Alam
2. Puchong
3. Serdang
4. Gombak
Best player: shah alam
👬👭Kontigen terbaik
1. Subang
2. Selayang
3. Kota Raja

ps: Kredit to FB Pasti Putra Permai dan FB Pasti Selangor

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PESTA SUKAN PASTI PUCHONG 2015 TERBAIK !!

4 April 2015, Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong 2015 yang diadakan di KSL Sports Puchong Utama telah berlangsung dengan jayanya. Acara sukan tahunan yang diadakan setiap setahun sekali ini bagi mencungkil bakat tersembunyi pelajar-pelajar PASTI dalam bidang sukan. Di samping itu, pemenang bagi setiap kategori akan mewakili PASTI Kawasan Puchong ke peringkat Negeri seterusnya ke peringkat Malaysia. 

15 buah PASTI sekitar kawasan Puchong mengambil bahagian bagi membuktikan kemampuan masing-masing dalam arena sukan, pada masa yang sama gelaran juara keseluruhan bakal dikalung buat PASTI yang paling cemerlang dalam setiap kategori. Antara sukan yang dipertandingkan pada peringkat Kawasan Puchong adalah Bola sepak, bola jaring, larian 4x25m dan juga perbarisan.

Kehadiran peserta dan ibubapa/ penjaga sangat memberansangkan, ada yang sampai seawal 7.30 pagi lagi. Urusetia dan unit amal bekerja keras bagi persiapan tempat bagi kemudahan orang ramai. Lebih 10 unit gerai turut dibuka bagi memeriahkan majlis, barang jualan terdiri daripada makanan, ais-krim, buku-buku, kain dan lain-lain.

Bermula 8.00 pagi, pendaftaran PASTI dibuka dan sarapan pagi desediakan buat para pelajar agar bertenaga nanti. 
Lebih kurang pukul 9.00 pagi, perarakan perbarisan bermula. Pelbagai corak dan warna ditampilkan oleh setiap PASTI berdasarkan kreativiti masing-masing. Ada juga yang bersorak, melontarkan kata-kata semangat di sepanjang perarakan itu.























Lebih kurang pada pukul 9.30 pagi,  majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu PASTI dan majlis perasmian diserikan lagi dengan kehadiran YB Hajjah Puan Noor Hanim Ismail

Perlawanan serentak bermula lebih kurang pada pukul 10.00 pagi dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan penutup pada 4.00 petang. Berikut adalah keputusan Pesta sukan kawasan Puchong sesi 2015.

Keputusan rasmi Pesta Sukan PASTI Puchong

1. BOLA SEPAK
19 pasukan bertanding
4 Kumpulan liga
2 kumpulan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat kalah-mati.

Pusingan Akhir:
JUARA: PASTI AN-NUR
NAIB JUARA: PASTI LESTARI PUTRA A
KE-3: PASTI PUTRA PERMAI A
KE-4: PASTI PUTRA PERMAI B

Pemain Terbaik perlawanan Akhir: Wan Muhammad Adam Wan Kaswadinata dari PASTI AN-NUR


JUARA: PASTI AN-NUR


NAIB JUARA: PASTI LESTARI PUTRA A


Wan Muhammad Adam Wan Kaswadinata dari PASTI AN-NUR


2. BOLA JARING
18 pasukan bertanding
4 kumpulan liga
2 kumpulan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat kalah-mati.

 Pusingan Akhir:
JUARA: PASTI PUTRA PERMAI A
NAIB JUARA: PASTI LESTARI PUTRA A
KE-3: PASTI AL-IQBAL A

KE-4: PASTI AN-NUR
Pemain terbaik perlawanan akhir:


JUARA: PASTI PUTRA PERMAI A


PASTI LESTARI PUTRA A


3. LARIAN 4 x 25m Kategori Lelaki/ Kategori Perempuan
12 pasukan bertanding setiap kategori
4 pasukan yang mencatat masa terpantas bagi setiap kategori layak ke pusingan akhir

Pusingan Akhir:
3.1 Kategori Lelaki
JUARA: PASTI AS-SYIFAA'
NAIB JUARA: PASTI BESTARI
KE-3: PASTI AL-IQBAL
KE-4: PASTI AN-NUR

3.2 Kategori Perempuan
JUARA: PASTI AN-NUR
NAIB JUARA: PASTI AL-IQBAL
KE-3: PASTI AL-MAWARDI
KE-4: PASTI BESTARI

4. PERARAKAN PERBARISAN
Pasukan dengan markah tertinggi membawa balik piala pusingan
JUARA: PASTI AS-SYIFAA'


Juara Keseluruhan: PASTI 

Majlis penutupan Pesta Sukan ini di sempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Saudara Fadh Bin Ibrahim. Tahniah kepada para pemenang serta selamat berjuang di peringkat Negeri Selangor.


Dengan ini, kami warga pengelola dan urusetia PASTI Kawasan Puchong ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa di atas kejayaan ini. Turut kami hargai ialah jasa para guru yang tidak mengenal erti penat dalam mendidik tunas-tunas Islam ini badik dalam bidang akademik mahupun sukan. ALLAHUAKBAR

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Sukan PASTI Puchong 2015



PESTA SUKAN PASTI Kawasan PUCHONG
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pesta Sukan PASTI Peringkat Kawasan Puchong bagi sesi 2015 akan diadakan seperti butiran di bawah:
1. Tarikh: 4 April 2015
2. Masa: 8.00 pagi - 1.00 t/hari
3. Tempat: KSL Sports Puchong Utama, Futsal Center, Lot 5225, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong
4. Pakaian: Baju Sukan PASTI (Berwarna merah)
Maklumat tambahan:
1. PASTI kawasan Puchong akan bercuti pada isnin 6 April 2015. Dibuka seperti biasa pada 7 April.
2. Pelajar perlu mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga melalui borang kebenaran.
3. Ibu bapa dan seisi keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
5. Sarapan roti kepada pelajar dan guru pengiring disediakan
4. Sumbangan atau pertanyaan sila hubungi Cikgu Nor di 013-6038139
Antara Acara yang dipertandingkan adalah:
1. Bola sepak
2. Bola Jaring
3, 4 x 50 Meter (L)
4. 4 x 50 Meter (L)
Antara Kontingen PASTI kawasan Puchong yang mengambil bahagian adalah:
1. PASTI BESTARI
2. PASTI AR-RAIHAN
3. PASTI LESTARI PUTRA
4. PASTI PUTRA PERMAI
5. PASTI AINUL MARDHIAH
6. PASTI AL-HUDA
7. PASTI TAMAN SRI PUCHONG
8. PASTI AS-SYIFAA'
9. PASTI AL-FIRDAUS
10. PASTI PUNCAK LESTARI
11. PASTI AL-HUSAINI
12. PASTI AN-NUR
13. PASTI AL-MAWARDI
14. PASTI AL-IKHWAN
15. PASTI AL-IQBAL

Selamat bertanding buat semua peserta
PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS