Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

PASTI KAWASAN PUCHONG RAI PELAJAR 6 TAHUN

Puchong, 7 Nov; PASTI Kawasan Puchong telah melangsungkan Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKP) PASTI kali ke 5 bertempat di SRA Batu 13, Puchong di sini. Ust. Mohd Soffiean Ismail selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong telah merasmikan program tersebut. Program tersebut turut dihadiri oleh Pn. Noorhanim Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Puchong dan En. Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong serta semua Pengurus-pengurus, guru-guru PASTI dan juga ibu bapa pelajar. Majlis tersebut juga telah melancarkan Tabung Misi bantuan banjir Dewan Pemuda PAS Pusat ke Kedah bagi meringankan beban penduduk di Utara Malaysia. Majlis diumumkan oleh Bendahari Jabatan Amal Negeri Selangor, Saudara Mohd Nazree Bin Mohd Aris

Pengerusi PASTI Kawasan Puchong, Sdr. Syairi Jamian pada tahun ini majlis telah melibatkan 10 buah PASTI di kawasan Puchong iaitu PASTI Al-Iqbal, Kg Pulas; PASTI Ainul Mardhiah, Taman Sri Serdang; PASTI As-Syifaa’, Taman Puchong Utama; PASTI Al-Mawardi, Kg. Sri Aman; PASTI Bestari, Pusat Bandar Puchong; PASTI An Nur, Taman Puchong Intan; PASTI Al-Firdaus, Taman Puncak Jalil; PASTI Ar-Raihan, Bandar Kinrara; PASTI Putra Permai, Bandar Putra Permai dan PASTI Al-Huda, Kg Kenangan.

“Seramai 270 orang pelajar 6 tahun pada tahun ini diraikan telah menerima sijil tamat persekolahan dan cenderahati kenang-kenangan.” katanya.

Beliau turut mengumumkan PASTI Kawasan Puchong telah menganugerahkan ANUGERAH KHAS PASTI kepada PASTI Al-Firdaus atas kejayaan PASTI berkenaan diperingkat Kawasan, Negeri dan Pusat. Selain itu, Tokoh Akademik Pelajar 6 tahun PASTI Kawasan Puchong disandang oleh adik Muhammad Arieff Syah B. Syahrizal dari PASTI Al-Iqbal atas kejayaan dalam peperiksaan SETARA peringkat PASTI Kawasan Puchong, manakala Pelajar 5 tahun disandang oleh adik Ayu Humairah dari PASTI Bestari.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Adik Riska Nur Safika Bt. Sufian dari PASTI Bestari dan Alunan Asma’ul Husna dan Lagu Rasmi PASTI oleh kumpulan Nasyid, PASTI Ainul Mardhiah. Selain itu, majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar PASTI yang memenangi tempat pertama semasa program Hari Bakat PASTI Puchong  antaranya, Persembahan Sajak dari PASTI Al – Firdaus; Bercerita, PASTI Ar Raihan dan Nasyid, PASTI Ainul Mardhiah.

Dalam ucapan Perasmian, Ust Soffiean mengingatkan kepada semua hadirin mengenai matlamat pendidikan pra sekolah iaitu Mengembalikan kefahaman masyarakat umum kepada menyedari kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat serta menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PASTI Kawasan atas kejayaan menubuhkan dua buah PASTI baru yang akan beroperasi pada tahun 2011 iaitu, PASTI Al-Husaini di Taman Serdang Jaya dan PASTI Taman Sri Puchong, Taman Sri Puchong dengan harapan agar PASTI ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi bagi melahirkan Insan Soleh di Malaysia

Disediakan oleh Syari Jamian, Pengerusi PASTI Kawasan Puchong sesi 2009-2011
.
Hak Cipta: 8 Nov 2010
GAMBAR SEKITAR MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR PASTI PUCHONG 2010
Tahniah kepada PASTI Al-Firdaus, dinobatkan penerima ANUGERAH KHAS PASTI PUCHONG, Saudara Ahmad Nazarey, Pengurus PASTI  menerima Cenderahati dari Perasmi.
Gambar kenang-kenangan bersama Perasmi, Ust Mohd Soffiean Ismail; Ketua Pemuda, Sdr Rosharizan dengan Pengurus dan Guru PASTI  semasa Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Puchong 2010
Ibu bapa pelajar memenuhi ruang di dewan SRA Batu 13, Puchong
Tokoh Akademik Pelajar 5 Tahun, Adik Ayu Humairah dari PASTI Bestari menerima cenderahati dari Ust. Mohd Soffiean Ismail.




Saudara Mohd Nazree Bin Mohd Aris selaku Bendahari Jabatan Amal Negeri Selangor melancarkan Tabung Misi bantuan banjir Dewan Pemuda PAS Pusat ke Kedah.
Mantap.. Persembahan bersemangat dari kumpulan Nasyid PASTI Ainul Mardhiah..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment