Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

Hari Bakat Pasti Puchong

24 Oktober 2010 Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan Hari Bakat PASTI bertempat di Fakulti Ekologi Manusia UPM Serdang. Program berjalan lancar dan meriah dengan kerjasama dari guru-guru, ibubapa, ajk Pasti Kawasan, ajk Pasti cawangan, ajk Pemuda, Nisa dan Dewan muslimat. Ibubapa telah tiba sejak jam 7.30pagi lagi. Acara telah diadakan di 3 dewan kuliah yang sangat selesa.

Hari Bakat pada tahun ini telah dijuarai oleh juara bertahan Pasti Ainul Mardhiah, naib johan Pasti Ar- Raihan dan tempat ke 3 Pasti Putra Permai.  Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar Adun Bangi.  Program turut diserikan dengan kehadiran YDP ustaz Mohd Sufyan Ismail dan KP sdr Rosharizan. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan lebih terancang.









Lihat banyak lagi gambar dalam facebook Pas Puchong dan lagi link Gambar Hari Bakat 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment