7 Mei 2011,Pandan Indah- Sebanyak 18 kawasan seluruh PASTI N.Selangor menyertai PESTA SUKAN PASTI N.SELANGOR yang di adakan di padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Iskandar Abul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan PAKATAN RAKYAT N.Selangor yang juga merupakan ADUN Cempaka. Turut hadir Yang Berbahagia Ustzah Wan Haslina Bt. Wan Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor.


Keputusan Akhir Bola Sepak :
Juara : KAPAR
Naib Juara : SHAH ALAM
tempat Ke-3 : KUALA LANGAT
tempat Ke-4 : PETALING JAYA SELATAN
Keputusan Akhir Bola Jaring :
Juara : GOMBAK
Naib Juara : PETALING JAYA SELATAN
tempat Ke-3 : SERDANG
tempat Ke-4 : PUCHONG
PEMAIN TERBAIK

BOLA SEPAK : MOHAMMAD HAYKAL DANISH B. MOHD HAIZON (KAPAR)
BOLA JARING : DINA AODILA BT. SAIFUL (PJS)
sumber: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
PESTA SUKAN PASTI SELANGOR TAHUN 2011
5/10/2011 03:17:00 PM |
Labels:
Aktiviti
Read User's Comments(0)
PASTI AINUL MARDHIAH JOHAN KESELURUHAN PESTA SUKAN PASTI PUCHONG
4/20/2011 11:41:00 PM |
Labels:
Aktiviti
Bandar Putra Permai, 17 April 11 – Menjadi tradisi Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong kali keempat telah menganjurkan acara Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan) dengan meriah dan berjaya. Selain itu, acara ibubapa juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Penganjuran pada kali ini, Pihak Jawatankuasa telah memilih Padang Futsal sebagai medan pertandingan. Bertempat di Tonga De Futsal, Bandar Putra Permai, acara dimulakan pada jam 9.00 pagi.
Sokongan padu dari para penonton disertai kelicikan para pelajar berjaya mewujudkan suasana yang amat mengkagumkan dengan ‘Seri Serdang 2011’ dipilih sebagai tuan tumah telah menampilkan 12 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 12 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Al Iqbal (Kampung Seri Aman), Ainul Mardhiah (Taman Sri Serdang), As Syifa’ (Puchong Utama), Al Mawardi (Aman Bestari), Bestari (Pusat Bandar Puchong), An Nur (Puchong Intan), Al Firdaus (Puncak Jalil), Ar Raihan (Bandar Kinrara), Putra Permai (Bandar Putra Permai), Al Huda (Kg. Kenangan) dan Al Husaini (Serdang Jaya) serta Taman Sri Puchong yang diwakili oleh Putra Permai 2.
Dengan Tema “Sport for All”, Para ibu bapa, pelajar dan petugas hadir sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan padu memastikan program dapat dilangsungkan dengan jayanya. Acara dilangsungkan serentak bagi kedua-dua acara menggunakan dua padang khas bagi setiap acara. Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan beberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan.
Penganjuran sukan ini juga bukan sahaja untuk memenuhi silibus ko-kokurikulum takwim tahunan PASTI Kawasan dan setiap cawangan, malah ia juga dianjurkan untuk mencungkil bakat pemain terbaik bola sepak dan bola jaring di peringkat kawasan untuk mewakili PASTI kawasan Puchong ke pertandingan sukan tersebut di peringkat Negeri Selangor seterusnya ke peringkat PASTI Malaysia.
Menurut Fadzli, 30, selaku pengarah program berkata, pemilihan padang futsal untuk program pada kali ini sangat bermakna kerana memudahkan pergerakan peserta dan ibubapa serta kawalan pengunjung dapat diminimumkan. Walaupun kami sedar, Pertandingan di peringkat Malaysia dan Negeri menggunakan padang rumput untuk Pesta Sukan, namun tidak menjadi masalah untuk PASTI Puchong menghadapi situasi tersebut. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat pelajar-pelajar PASTI tetapi kepada penjaga pelajar yang turut berpeluang menyertai acara ibubapa yang diadakan.
Pada hari tersebut, acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah, Sdr. Kamaruzzaman Mohamad, Exco DPP Pusat, Ust Wan Shukri Wan Mustapha, Exco DPP Negeri Selangor, Ust Mohd Nasir Yusof, TYDP PAS Kawasan Puchong, Sdr. Syed Ahmad Thani, Timb. Pengarah PASTI Negeri Selangor dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut.
Perasmi juga kemudian telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk setiap acara. Hadiah khas Piala Pusingan Ketua Pemuda Kawasan Puchong untuk acara Bola Sepak dan Bola Jaring serta trofi penjaring emas untuk kedua-dua acara turut disampaikan kepada pemenang.
Keputusan akhir diketahui pada jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI Ainul Mardhiah dengan mengalahkan PASTI Al Mawardi dengan jaringan 1-0, manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Putra Permai dengan mengalahkan Johan Musim lepas iaitu PASTI Bestari dengan jaringan 6-2. Penjaring Emas bagi bola sepak dimenangi oleh adik Akmal Azhar dari PASTI Ainul Mardhiah, manakala penjaring emas bagi bola jaring dimenangi oleh adik Aleesa Aqilah Bt. Mohd Haffizy dari PASTI Putra Permai. JOHAN KESELURUHAN di sandang oleh tuan rumah ‘Sri Serdang 2011’ iaitu PASTI Ainul Mardhiah, tempat kedua dari PASTI Putra Permai manakala tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Bestari.
Keputusan akhir diketahui pada jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI Ainul Mardhiah dengan mengalahkan PASTI Al Mawardi dengan jaringan 1-0, manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Putra Permai dengan mengalahkan Johan Musim lepas iaitu PASTI Bestari dengan jaringan 6-2. Penjaring Emas bagi bola sepak dimenangi oleh adik Akmal Azhar dari PASTI Ainul Mardhiah, manakala penjaring emas bagi bola jaring dimenangi oleh adik Aleesa Aqilah Bt. Mohd Haffizy dari PASTI Putra Permai. JOHAN KESELURUHAN di sandang oleh tuan rumah ‘Sri Serdang 2011’ iaitu PASTI Ainul Mardhiah, tempat kedua dari PASTI Putra Permai manakala tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Bestari.
Secara keseluruhannya, program pada hari tersebut telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.
Berikut merupakan JUARA Bola Sepak dan Bola Jaring bagi 4 edisi.
TAHUN
|
BOLA SEPAK
|
BOLA JARING
|
Tuan Rumah
|
2007
|
PASTI Al Iqbal
|
PASTI Al Iqbal
|
Seri Aman 2007
|
2009
|
PASTI An Nur
|
PASTI Ainul Mardhiah
|
Kinrara 2009
|
2010
|
PASTI Putra Permai
|
PASTI Bestari
|
Puchong Intan 2010
|
2011
|
PASTI Ainul Mardhiah
|
PASTI Putra Permai
|
Sri Serdang 2011
|
Keputusan Undian Pesta Sukan 30 Mac 2011
3/30/2011 04:26:00 PM |
Labels:
Aktiviti
Tarikh: 17 April 2011 (Ahad)
Tempat: Tonga De Futsal
Masa: 8.00 pg
Cabutan Undi untuk Bola Sepak
A1 – Bestari
A2 – Al Huda
A3 –Al Husaini
B1 – As Syifaa
B2 – Ainul Mardhiah
B3 – An Nur
C1 – Putra Permai
C2 – Al Mawardi
C3 – Al Firdaus
D1 – Ar Raihan
D2 – Taman Sri Puchong
D3 – Al Iqbal
Cabutan Undi Untuk Bola Jaring
A1 – Putra Permai
A2 – Al Husaini
A3 – Al Iqbal
B1 – Al Mawardi
B2 – Ainul Mardhiah
B3 – Taman Sri Puchong
C1 – Bestari
C2 – Al Huda
C3 – As Syifaa
D1 – An Nur
D2 – Ar Raihan
D3 – Al Firdaus
Pengadil Bola Sepak: Rosli, Fakhrurazi
Pengadil Bola Jaring: MGP Kawasan Shah Alam (cadangan)
Tiang Gol Bola Jaring: 2 dari 3P dan 2 lagi dari As Syifaa.
Cikgu Syed akan detailkan berkaitan dgn teknikal insyaallah.
Taklimat kepada wakil MGP dan coach akan diadakan pada Sabtu 2 Mac 2011 jam 9.30pg bertempat di Pejabat Pemuda.
Makluman: Sukaneka PASTI Puchong
Dalam mesyarat khas sukaneka Puchong telah diputuskan beberapa perkara seperti berikut:
1. Sukaneka 2011 akan bergabung, maknanya semua PASTI akan mengadakan Hari Sukaneka Pasti Puchong seperti berikut:
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu) bersama program KASEH
Tempat: Padang sebelah JKP Zon 12 (berhampiran lombong buaya)
Masa: 7.30pg (guru berkumpul di padang)
2. Acara sukan akan dipanggil mengukut KOD yang telah diberi untuk memudahkan pihak urusetia.
3. Jarak antara setiap pelajar adalah 4 meter. (dalam meyusarat khas MGP, telah mencadangkan jarak antara pemain adalah 2 meter.)
4. Makanan: Pasti Kawasan hanya menyediakan air kotak dan roti 60sen. Pasti cawangan digalakkan menyediakan makanan sendiri untuk pelajar masing-masing.
5. Pengadil: setiap Pasti mesti menyediakan seorang ajk samada ajk pasti atau ajk PAS cawangan sebagai pengadil.
6. Game untuk ibubapa dihandle oleh Nisa, so guru Pasti hanya menjaga pelajar Pasti sahaja.
Acara Sukaneka
2/10/2011 12:42:00 AM |
Labels:
Aktiviti
sumber: http://mgp-puchong.blogspot.com/
Note: Acara sukaneka ini telah disahkan dalam mesyuarat Pasti Kawasan pada 9 Feb 2011, so inilah acara yang akan dipertandingkan dalam SUKANEKA PASTI PADA 12 MAC 2011.
~ Acara sukan ini hanya cadangan dari MGP sahaja, ianya akan dibawa ke mesyuarat PASTI Puchong pada 7 Feb 2011 untuk dibincangkan. Saya letak di sini kerana ada MGP yang memerlukannya. harap maklum~
Sukaneka PASTI Kawasan Puchong akan di bahagi kepada 2 zon
Zon 1
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Serdang Jaya
Pasti Yang Terlibat:
1. Pasti Al Husaini - Ketua
2. Pasti Ainul Mardhiah
3. Pasti Al Firdaus
4. Pasti Ar Raihan
5. Pasti Putra Permai
Zon 2
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Padang Taman Sri Puchong
Pasti yang terlibat:
1. Pasti Bestari - Ketua
2. Pasti As Syifaa
3. Pasti An Nur
4. Pasti Al Mawardi
5. Pasti Al Huda
6. Pasti Al Iqbal
7. Pasti Taman Sri Puchong
Acara 4 tahun ( Lelaki & Perempuan)
Sukaneka PASTI Kawasan Puchong akan di bahagi kepada 2 zon
Zon 1
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Serdang Jaya
Pasti Yang Terlibat:
1. Pasti Al Husaini - Ketua
2. Pasti Ainul Mardhiah
3. Pasti Al Firdaus
4. Pasti Ar Raihan
5. Pasti Putra Permai
Zon 2
Tarikh: 12 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Padang Taman Sri Puchong
Pasti yang terlibat:
1. Pasti Bestari - Ketua
2. Pasti As Syifaa
3. Pasti An Nur
4. Pasti Al Mawardi
5. Pasti Al Huda
6. Pasti Al Iqbal
7. Pasti Taman Sri Puchong
Acara 4 tahun ( Lelaki & Perempuan)
1. Menjunjung buntil – 4 orang pelajar
2. Passing bola – 4 orang pesertaCucuk straw
3. Cucuk straw – straw besar cendol – potong 2 ( guna 20 straw)
Acara 5 tahun ( Lelaki & Perempuan)
1. Isi air dalam botol – 5 orang peserta
2. Junjung buku – 5 orang peserta
3. Bawa bola pingpong dalam sudu – 5 orang peserta
4. Lari berhalangan – pusing kerusi – 5 orang peserta
Acara 6 tahun ( Lelaki & Perempuan)
1. Membina bangunan (guna gelas terpakai) – 5 orang peserta
2. Jalan ulat bula (lelaki & perempuan asing) – 10 orang peserata
3. Pas belon air – 5 orang peserta
4. Oglek gelung – 6 orang peserta
Acara Ibu bapa
1. Ibu: membawa lilin
:2. Taji ayam: letak belon di kaki n tangan
· Acara kemuncak TARIK TALI
· Semua perlawanan – peserta terakhir memakai ikat di kepala.
Panggilan mesyuarat khas sukaneka
2/10/2011 12:36:00 AM |
Labels:
Aktiviti
Ruj : DPPP/PASTI PUCHONG/MPKP/ (01)
Tarikh : 10 Februari 2011
Kepada
En. Syari Jamian (Pengerusi/Bendahari)
En. Mohd Fadzli Kadir (Timb. Pengerusi/ Pengurus PASTI Ar Raihan)
En. Syed Ahmad Thani Tuan Hadi (Naib Pengerusi I/Pengurus PASTI Bestari)
En. Tengku Khairul Hisham Tengku Ismail (Naib Pengerusi II)
En. Zakaria Din Muhamad (Pen. Bendahari/Unit Kebajikan)
Ust. Mohd Hasrul (Pengurus PASTI Al Iqbal)
En. Suhaimi Sahat (Pengurus PASTI Ainul Mardhiah)
En. Muhd Sha’auzi Hj. Hussin (Pengurus PASTI As Syifa’)
En. Abd. Hadi Sabran (Pengurus PASTI An Nur)
En. Abdul Halim Radzi (Pengurus PASTI Al Mawardi)
En. Ahmad Nazarey Mohamed (Pengurus PASTI Al Firdaus)
Pn. Hasnah Yusof (Pengurus PASTI Putra Permai)
En. Maarof Ibrahim (Pengurus PASTI Al Huda)
En. Mohd Hasri Jaidi (Pengurus PASTI Al Husaini)
En. Kamaluddin Muda (Pengurus PASTI Taman Sri Puchong)
Pn. Norzaihan Ismail (Ketua MGP)
Pn. Rosilawati Md. Isa (Timb. Ketua MGP/Penaziran)
Pn. Norizan Hassan (SU MGP/SUK PASTI Puchong)
Pn. Mazni Osman (Bendahari MGP)
Tuan/Puan,
PANGGILAN MESYUARAT KHAS PASTI KAWASAN PUCHONG BIL 2/2011.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat yang tersebut di atas akan diadakan pada, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 15 Februari 2011 (Selasa)
Masa : 9.30 malam
Tempat : PASTI PUTRA PERMAI, Bandar Putra Permai
Agenda : i. Aluan Pengerusi
ii. Perbentangan Kertas Kerja
a. Karnival Sukaneka 2011
b. Seminar keibubapaan 2011
iii. Hal-hal lain
3. Dengan sukacitanya tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat yang tersebut di atas. Mohon kerjasama dari semua Pihak Pengurusan PASTI untuk melunaskan bayaran. Sekian, terima kasih.
“PASTI FOR ALL”
Yang benar,
NASRUL MUHAIMIN MOHD ZAIN
Setiausaha
s.k. - KP DPP P - En. Rosharizan – Dijemput hadir
Loka Karya PASTI Kawasan Puchong
16 Jan 2011 Ahad PASTI Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel pengurusan atau juga diberi nama Loka Karya PASTI Kawasan Puchong. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Puchong iaitu Ustaz Sufyan Ismail yang banyak menyentuh tentang akhlah dalam berjemaah.
Dalam bengkel ini juga dimasukkan perbincangan tentang taqwim PASTI untuk tahun 2011. Disamping itu dibincangkan juga beberapa resolusi berkaitan dengan cuti MGP dan sebagainya. Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan dapat memberi gambaran yang jelas tentang halatuju PASTI Kawasan Puchong bagi tahun 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)





