16 Jan 2011 Ahad PASTI Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel pengurusan atau juga diberi nama Loka Karya PASTI Kawasan Puchong. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Puchong iaitu Ustaz Sufyan Ismail yang banyak menyentuh tentang akhlah dalam berjemaah.
Dalam bengkel ini juga dimasukkan perbincangan tentang taqwim PASTI untuk tahun 2011. Disamping itu dibincangkan juga beberapa resolusi berkaitan dengan cuti MGP dan sebagainya. Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan dapat memberi gambaran yang jelas tentang halatuju PASTI Kawasan Puchong bagi tahun 2011.
Loka Karya PASTI Kawasan Puchong
TARIKH PENTING PASTI PUCHONG DIS-JAN 2011
Assalamualaikum W.B.T
Kepada:
Pengurus-pengurus PASTI Cawangan
Ketua MGP PASTI Puchong
Guru-guru Kanan PASTI Puchong
TARIKH PENTING PASTI PUCHONG DIS 2010 - JAN 2011
1. BENGKEL TRANSISI 30 DIS 2010 (Khamis) Jam 9pagi-1petang di Masjid As Salam, Puchong Perdana
- (GURU PASTI SAHAJA)
2. Bengkel PnP 8 JANUARI 2011 (Sabtu) Jam 9pg di Masjid As Salam, Puchong Perdana - (GURU PASTI SAHAJA)
3. Bayaran PENUH tempahan Alatan PASTI & Due Tempahan tambahan 1 - 12 Januari 2011 (Rabu)
- (PERHATIAN KEPADA PENGURUS DAN BENDAHARI)
4. BENGKEL PASTI PUCHONG 16 JANUARI 2011 (Ahad) di Masjid As Salam, Puchong Perdana
- (PENGURUS, 2 ORG AJK DAN GURU KANAN)
Semoga segala URUSAN yang dilakukan mendapat KEREDHAANNYA..
Yang menjalankan tugas,
SYARI J
Pengerusi
Jab. PASTI Puchong
2009-2011
c.c KP DPP PUCHONG
S/U DPP PUCHONG
S/U PASTI SELANGOR
SUK PASTI SELANGOR
Pembentangan Kursus Transisi Puchong
Insyaallah MGP Kawasan Puchong akan mengadakan pembentangan berkaitan dengan kursus transisi seperti makluman berikut:
Perserta kursus KSPP dan KAPP 4
salam..
Makluman berkaitan KSPP dan KAPP boleh rujuk di blog http://mgp-puchong.blogspot.com/
HARI KANAK-KANAK SEDUNIA ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2010(MPTS)
- Tarikh 21 November 2010. ( Ahad )
- Masa 9.00 pagi hingga 5.00 petang
- Tempat Kompleks PKNS Shah Alam
- Yuran penyertaan PERCUMA.
- Sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada 21/11/2010 diKompleks PKNS. Setiap Kawasan diminta menghantar pelajar seramai 10orang untuk program ini. Slot persembahan pelajar Pasti bermula jam 2.00 petang.Pelajar Pasti diminta memakai uniform pelajar Pasti dan guru memakai uniform MGP negeri.(seperti yang dipersetujui dalam taklimat pada 11/11/10)
BIL | PERSEMBAHAN | NAMA PASTI | BIL PESERTA |
1. | Nasyid.Tajuk:Bersyukur dan Ya Habibi | Ikwanul Muslimin,Kapar | 10 orang |
2. | Bacaan Hadis | Ikwanul Muslimin,Kapar | 10 orang |
3. | Hafalan Surah Lazim | Litter Mukmin&AsSolihin,Subang | 5 orang |
4. | Boria.Tajuk:PASTI KU | PASTI Darul Ulum 2,Kapar | 15 orang |
5. | Pantun:Nasihat | An-Najwa,Kuala Langat | 5 orang |
JUMLAH PESERTA | 45 orang |
MAKLUMAN DARI PASTI NEGERI
KURSUS TRANSISI
Tarikh & Hari : 14-15/12/2010 (Selasa-Rabu)
Tempat : PASTI MALAYSIA, Gombak
Sasaran: 2 org Jurulatih Utama/Kawasan (Guru Pakar/ Ketua Guru)
Pendaftaran : 9.00 PAGI
KURSUS SIJIL PERGURUAN PASTI 1
-Bagi guru-guru yang telah lengkap KAPP1-5 sahaja
-60 tempat disediakan
-Nama yg layak akan dikeluarkan oleh PASTI Negeri Selangor
Tarikh : 19-21/12/2010
Hari : Ahad-Selasa
Keputusan Peperiksaan Setara Negeri
SUMBER: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
Pelabuhan Klang, 11 November 2010: Bertempat di dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK), Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang peperiksaan setara PASTI peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 44 orang pelajar 5 dan 6 tahun dari 22 kawasan hadir dalam peperiksaan ini. Turut menemani pelajar ialah ibubapa mereka selain guru pengiring dan wakil Majlis Guru PASTI kawasan masing-masing. Segala penandaan dan pemarkahan dilantik daripada guru-guru yang berkelayakan oleh unit peperiksaan PASTI Negeri. Urusan peperiksaan dan pemarkahan diselia dan dipantau oleh ALP PASTI Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh seluruh PASTI kawasan dan mereka yang membantu menjayakan peperiksaan ini. Tahniah diucapkan buat pelajar-pelajar sekalian kerana berjaya mencuba.
Berikut adalah nama kawasan dan tiga markah tertinggi bagi peperiksaan ini:
5 Tahun1-Gombak: 89%
2-PJS : 88%
3-PJU : 87%
6 Tahun1- Hulu Langat : 95%
2- Gombak : 94%
2- Serdang : 94%





