Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

KONVENSYEN PASTI PUCHONG SESI 2015


14 November 2015 - Konvensyen PASTI Puchong diadakan di Stadium tertutup MPSJ Serdang Jaya  bagi meraikan pelajar-pelajar PASTI yang berjaya dan juga yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah rendah pada sesi 2016 nanti.
Selamat maju jaya adik-adikku


















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PASTI SELANGOR NAIB JOHAN DALAM ALAMRIA PASTI MALAYSIA 2015







30 Ogos- HARI INI DALAM SEJARAH - JOHAN KALAM JAMAIE & BERCERITA (P) DI ALAMRIA PASTI MALAYSIA
Alhamdulillah & setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Kalam Jamaie 3P yang telah dinobatkan sebagai Johan Kalam Jamaie Alamria dan adik Siti Wazirah daripada PASTI Lestari Putra (PLP) yang telah dinobatkan sebagai Johan Bercerita (P) Alamria Pasti Malaysia 2015 yang berlangsung di Golden Straits Villa Resort Port Dickson pada Ahad, 30hb Ogos 2015.
Kejayaan PASTI Puchong sedikit sebanyak membantu bagi menempatkan PASTI Negeri Selangor di tempat ke-2 keseluruhan dibelakang Johan Keseluruhan iaitu PASTI Pulau Pinang. Satu peningkatan yang membanggakan buat PASTI Selangor berbanding tahun sebelumnya.
Alhamdulillah.
Misi MOH KITO POIE PD membuahkan hasil yang begitu membanggakan. Anak-anak ini dan guru-guru pembimbing mereka bekerja keras membaiki dan memantapkan persembahan mereka. Jerit perih semua sehingga mengorbankan masa pada hujung minggu berlatih intensif. Sokongan padu ibubapa dan ahli keluarga, sahabat-sahabat serta guru-guru dalam pelbagai kapasiti amat-amatlah dihargai. Jazakumullahu khairan katsiran!
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaanMu dengan pelbagai kejayaan yang kami semua kecapi. Moga ia tidak menjadikan kami mudah alpa tetapi menjadi insan-insan yang lebih baik di sisiMu












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEKELILING PAS PUSAT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PASTI PUCHONG JOHAN ALAMRIA PASTI SELANGOR 2015




Alhamdulillah, berkat doa sahabat² semua.
PASTI Puchong telah menjadi JOHAN Keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2015.Takbir!!! Allahu Akbar
Percayalah, anugerah kejayaan ini diraikan oleh semua ibu bapa dan guru2 yang hadir dari kawasan mana sekalipun.
Kejayaan ini adalah hasil sinergi berkesan antara guru-guru, ibu bapa, jawatankuasa penyelaras dan pelajar itu sendiri bagi merealisasikan VISI PASTI: Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.










Sebahagian wakil daripada PASTI Puchong
  
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ALAMRIA PASTI PUCHONG 2015



ALAM RIA PASTI PUCHONG 2015
Alhamdulillah dan setinggi tahniah diucapkan buat anak-anak dan warga pendidik seluruh PASTI Kawasan Puchong yang bertanding.

Alhamdulillah...
Yang kalah bererti perlu jalan terus dan berusaha lebih gigih bermula sekarang. Sabarlah kuncinya.
Yang menang teruskan perjuangan, bimbing rakan seperjuangan. Syukurlah kuncinya.

Tahniah buat PASTI 3P di atas kejayaan merangkul kembali Kejuaraan Keseluruhan Alamria Pasti Puchong semalam.
Berikut adalah keputusan penuh Alamria Pasti Puchong 2015 yang berlangsung di SRA Bandar Kinrara 5, Puchong pada Ahad, 2 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436H.


NASYID
1. Pasti Arraihan
2. 3P
3. Pasti Assyifaa
KALAM JAMAIE
1. 3P
2. Pasti Assyifaa
3. Pasti Lestari Putra
HAFAZAN (L)
1. 3P
2. Pasti Assyifaa
3. Pasti Lestari Putra
HAFAZAN (P)
1. Pasti AlFirdaus
2. 3P
3. Pasti Al Husaini
AZAN
1. 3P Johan Azan - Adik Ahmad bin Sany Shahriman, 3P
2. Pasti Assyifaa
3. Pasti Arraihan
BERCERITA (L)
1. Pasti Assyifaa
2. 3P
3. Pasti Lestari Putra
BERCERITA (P)
1. Pasti Lestari Putra
2. Pasti Alhuda
3. Pasti Puncak Lestari
SAJAK (L)
1. Pasti Alhuda
2. 3P
3. Pasti Alfirdaus
SAJAK (P)
1.Pasti Ainul Mardhiah
2. 3P
3. Pasti Alhuda
PIDATO
1. Pasti Lestari Putra
2. Pasti Alhusaini
3. Pasti Alhuda
MENGEJA (BM)
1. Pasti Bestari
2. Pasti Annur
3. 3P
JOHAN KESELURUHAN - 3P
NAIB JOHAN KESELURUHAN - PASTI LESTARI PUTRA
KETIGA KESELURUHAN - PASTI ASSYIFAA
Buat para ibubapa dan ahli keluarga peserta2, terima kasih tak terhingga diucapkan atas sokongan padu yang diberikan. Kepada para AJK, Unit AMAL dan DPP Puchong, jutaan terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam mengendalikan dan menjayakan Alamria kali ini.
Moga anak-anak yang mewakili PASTI Puchong terus cemerlang di Alamria Pasti Selangor pada 16hb Ogos nanti

Jazakumullahu khairan katsiran.






Johan keseluruhan PASTI 3P


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ziarah Mahabbah Ramadhan Guru Pasti Puchong





ZIARAH MAHABBAH RAMADHAN - Pada petang Ahad, 25 Ramadhan 1436H, Dewan Harian Pasti Puchong diketuai Pengerusi, YM.Tengku Khairul Hisham bersama Ketua MGP, Pn Norizan & Ketua DMPP, Pn Norzaihan, menziarahi 4 guru Pasti Puchong di rumah mereka dan menyampaikan Duit Raya. Moga ziarah ini dapat mengakrabkan hubungan antara pengurusan kawasan dgn guru2 serta sedikit pemberian dapat membantu persiapan Hari Raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambutan Hari Guru PASTI Puchong 2016

PASTI Puchong Official's photo.


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA MU'ALLIMAH!
"GURU PASTI MURABBI UMMAH"

SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA HARI GURU PASTI PUCHONG 2015
Pada malam Khamis, 28hb Mei 2015, warga pendidik di Pasti Puchong diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Guru Pasti Puchong 2015 di Bistro Steamboat & Grill, MAEPS, Serdang.

Majlis dirasmikan oleh YB Puan Hajjah Noorhanim binti Ismail, ADUN Seri Seri Serdang. Turut sama meraikan guru-guru Pasti Puchong adalah Saudara Fadh Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Puchong dan saf kepimpinan Pemuda, YM Tengku Khairul Hisham, Pengerusi Pasti Puchong dan AJK-AJK Pasti Puchong serta para pengurus.
Anugerah Guru Cemerlang PASTI Puchong 2015 jatuh kepada Puan Tina binti Jupri dari Pasti Annur.
Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.


At Steamboat at Maeps Bistro.





YB Puan Hajjah Noorhanim menyampaikan sijil dan hadiah kepada Tokoh Guru Pasti Puchong 2015, Puan Tina Jupri, diiringi oleh Saudara Fadh, Ketua Pemuda PAS Puchong dan YM Tengku Khairul Hisham, Pengerusi Pasti Puchong



Para Muallimah 3P bergambar bersama pengurus 3P, Puan Hasnah Yusop




Dewan Harian PASTI Puchong bergambar bersama Ketua Pemuda PAS Puchong, Saudara Fadh Ibrahim


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS