Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

PASTI SELANGOR NAIB JOHAN DALAM ALAMRIA PASTI MALAYSIA 2015







30 Ogos- HARI INI DALAM SEJARAH - JOHAN KALAM JAMAIE & BERCERITA (P) DI ALAMRIA PASTI MALAYSIA
Alhamdulillah & setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Kalam Jamaie 3P yang telah dinobatkan sebagai Johan Kalam Jamaie Alamria dan adik Siti Wazirah daripada PASTI Lestari Putra (PLP) yang telah dinobatkan sebagai Johan Bercerita (P) Alamria Pasti Malaysia 2015 yang berlangsung di Golden Straits Villa Resort Port Dickson pada Ahad, 30hb Ogos 2015.
Kejayaan PASTI Puchong sedikit sebanyak membantu bagi menempatkan PASTI Negeri Selangor di tempat ke-2 keseluruhan dibelakang Johan Keseluruhan iaitu PASTI Pulau Pinang. Satu peningkatan yang membanggakan buat PASTI Selangor berbanding tahun sebelumnya.
Alhamdulillah.
Misi MOH KITO POIE PD membuahkan hasil yang begitu membanggakan. Anak-anak ini dan guru-guru pembimbing mereka bekerja keras membaiki dan memantapkan persembahan mereka. Jerit perih semua sehingga mengorbankan masa pada hujung minggu berlatih intensif. Sokongan padu ibubapa dan ahli keluarga, sahabat-sahabat serta guru-guru dalam pelbagai kapasiti amat-amatlah dihargai. Jazakumullahu khairan katsiran!
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaanMu dengan pelbagai kejayaan yang kami semua kecapi. Moga ia tidak menjadikan kami mudah alpa tetapi menjadi insan-insan yang lebih baik di sisiMu












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS