Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong 2011 berjalan lancar


PUCHONG PERDANA 3 Nov. - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pagi tadi telah berlangsung sesi Peperiksaan Setara PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Kawasan Puchong 2011 di Dewan Kuliah Masjid As Salam Puchong Perdana.

Semua PASTI di dalam Kawasan Puchong sebanyak 12 buah telah mengambil bahagian dengan menghantar 2 orang pelajar bagi setiap tahap. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 48 orang.

Tahniah kepada PASTI Ar-Raihan, Bandar Kinrara yang telah mendapat tempat pertama untuk tahap 6 tahun dan kepada PASTI Al-Firdaus, Taman Puncak Jalil yang telah mendapat tempat pertama untuk tahap 5 tahun.

Kedua-dua pelajar tersebut seterusnya akan mewakili PASTI Kawasan Puchong ke peringkat Peperiksaan Setara PASTI negeri pada 12 November nanti. Pihak Majlis Guru-guru Pasti (MGP) akan berhubung dengan guru berkenaan untuk mendapatkan biodata lengkap pelajar tersebut bagi di hantar ke peringkat negeri.

Kepada semua guru-guru dan tenaga pengajar , diucapkan tahniah kerana kita hampir menutup tirai sesi pembelajaran bagi tahun 2011. Kekalkan momentum dan kualiti pendidikan dan perguruan , InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan yang dicita-citakan.

Pihak PASTI Kawasan Puchong , mewakili Dewan Pemuda Kawasan Puchong ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan jutaan penghargaan kepada Tuan Nazir Masjid As Salam Puchong Perdana kerana telah memberi peluang menggunakan kemudahan dewan kuliah Masjid As Salam bagi tujuan peperiksaan anak-anak PASTI yang terbaik ini.

Mudah-mudahan, hubungan baik antara pihak Masjid As Salam dan DPP Puchong ini , akan terus berkekalan dan diperkukuhkan untuk manfaat bersama.

Dalam perkembangan lain Insya Allah, untuk maklumat awal juga , pada sessi tahun 2012 akan ada 2 buah PASTI baru tambahan kepada 12 buah PASTI yang sedia ada di Kawasan Puchong sekarang. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Program PASTI Kawasan Puchong yang  terdekat adalam Majlis Kecemerlangan PASTI 2011 Peringkat Kawasan yang dijadual pada 13 November 2011 ini InsyaAllah. 

Laporan oleh:
Mohd Fadzli Kadir
Pengerusi PASTI Kawasan Puchong 

**lagi gambar2 boleh dilihat di Album Facebook Nur Iman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS