Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

PASTI AINUL MARDHIAH JOHAN KESELURUHAN PESTA SUKAN PASTI PUCHONG

Bandar Putra Permai, 17 April 11 – Menjadi tradisi Pesta Sukan PASTI Kawasan Puchong kali keempat telah menganjurkan acara Bola Sepak (lelaki) dan Bola Jaring (perempuan) dengan meriah dan berjaya. Selain itu, acara ibubapa juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Penganjuran pada kali ini, Pihak Jawatankuasa telah memilih Padang Futsal sebagai medan pertandingan. Bertempat di Tonga De Futsal, Bandar Putra Permai, acara dimulakan pada jam 9.00 pagi. 
Sokongan padu dari para penonton disertai kelicikan para pelajar berjaya mewujudkan suasana yang amat mengkagumkan dengan ‘Seri Serdang 2011’ dipilih sebagai tuan tumah telah menampilkan 12 buah pasukan bola sepak dan bola jaring dari 12 buah PASTI di Kawasan Puchong ; Al Iqbal (Kampung Seri Aman), Ainul Mardhiah (Taman Sri Serdang), As Syifa’ (Puchong Utama), Al Mawardi (Aman Bestari), Bestari (Pusat Bandar Puchong), An Nur (Puchong Intan), Al Firdaus (Puncak Jalil), Ar Raihan (Bandar Kinrara), Putra Permai (Bandar Putra Permai), Al Huda (Kg. Kenangan) dan Al Husaini (Serdang Jaya) serta Taman Sri Puchong yang diwakili oleh Putra Permai 2.
Dengan Tema “Sport for All”,  Para ibu bapa, pelajar dan petugas hadir sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan padu memastikan program dapat dilangsungkan dengan jayanya. Acara dilangsungkan serentak bagi kedua-dua acara menggunakan dua padang khas bagi setiap acara. Kelihatan juga lebih daripada 10 buah gerai menjual makanan, minuman dan beberapa barang lain dibuka di tapak gerai yang disediakan untuk memeriahkan lagi keadaan.
Penganjuran sukan ini juga bukan sahaja untuk memenuhi silibus ko-kokurikulum takwim tahunan PASTI Kawasan dan setiap cawangan, malah ia juga dianjurkan untuk mencungkil bakat pemain terbaik bola sepak dan bola jaring di peringkat kawasan untuk mewakili PASTI kawasan Puchong ke pertandingan sukan tersebut di peringkat Negeri Selangor seterusnya ke peringkat PASTI Malaysia.

Menurut Fadzli, 30, selaku pengarah program berkata, pemilihan padang futsal untuk program pada kali ini sangat bermakna kerana memudahkan pergerakan peserta dan ibubapa serta kawalan pengunjung dapat diminimumkan. Walaupun kami sedar, Pertandingan di peringkat Malaysia dan Negeri menggunakan padang rumput untuk Pesta Sukan, namun tidak menjadi masalah untuk PASTI Puchong menghadapi situasi tersebut. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat pelajar-pelajar PASTI tetapi kepada penjaga pelajar yang turut berpeluang menyertai acara ibubapa yang diadakan.

Pada hari tersebut, acara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Rosharizan Mohd Rozlan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong. Antara tetamu VIP yang turut hadir memeriahkan program tersebut adalah, Sdr. Kamaruzzaman Mohamad, Exco DPP Pusat, Ust Wan Shukri Wan Mustapha, Exco DPP Negeri Selangor, Ust Mohd Nasir Yusof, TYDP PAS Kawasan Puchong, Sdr. Syed Ahmad Thani, Timb. Pengarah PASTI Negeri Selangor dan Pengurus-Pengurus PASTI Cawangan yang menyertai program pada hari tersebut.

Perasmi juga kemudian telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk setiap acara. Hadiah khas Piala Pusingan Ketua Pemuda Kawasan Puchong untuk acara Bola Sepak dan Bola Jaring serta trofi penjaring emas untuk kedua-dua acara turut disampaikan kepada pemenang.

Keputusan akhir diketahui pada jam 1 petang di mana acara Bola Sepak telah dijuarai oleh PASTI Ainul Mardhiah dengan mengalahkan PASTI Al Mawardi dengan jaringan 1-0, manakala untuk bola jaring telah diungguli oleh PASTI Putra Permai dengan mengalahkan Johan Musim lepas iaitu PASTI Bestari  dengan jaringan 6-2. Penjaring Emas bagi bola sepak dimenangi oleh adik Akmal Azhar dari PASTI Ainul Mardhiah, manakala penjaring emas bagi bola jaring dimenangi oleh adik Aleesa Aqilah Bt. Mohd Haffizy dari PASTI Putra Permai. JOHAN KESELURUHAN di sandang oleh tuan rumah ‘Sri Serdang 2011’ iaitu PASTI Ainul Mardhiah, tempat kedua dari PASTI Putra Permai manakala tempat ketiga dimenangi oleh PASTI Bestari.

 Secara keseluruhannya, program pada hari tersebut telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat dari segi pengurusan dan teknikal. Semoga segala usaha untuk menyediakan Tunas Islam Harapan Ummah kekal segar ‘aqliah dan jasadiyyah.

Berikut merupakan JUARA Bola Sepak dan Bola Jaring bagi 4 edisi.

TAHUN
BOLA SEPAK
BOLA JARING
Tuan Rumah
2007
PASTI Al Iqbal
PASTI Al Iqbal
Seri Aman 2007
2009
PASTI An Nur
PASTI Ainul Mardhiah
Kinrara 2009
2010
PASTI Putra Permai
PASTI Bestari
Puchong Intan 2010
2011
PASTI Ainul Mardhiah
PASTI Putra Permai
Sri Serdang 2011




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS