Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2010(MPTS)

DPPNS/PASTI/N08/2.01/2010 (24)                                                                                                                 29 Zulkaedah 1431 Hijriah
                                                                                                                                                                                 6 hb November2010
salam5



Kepada :
Pengerusi PASTI Kawasan-kawasan
Pengerusi MGP Kawasan-kawasan
Pengurus  PASTI cawangan-cawangan
Tuan/puan,

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA ANJURAN KERAJAAN  NEGERI SELANGOR 2010(MPTS)

Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Hari kanak-kanak Sedunia anjuran Kerajaan Negeri Selangor(MPTS) turut melibatkan penyertaan pelajar PASTI Negeri Selangor  mengikut  ketetapan seperti berikut:
  • Tarikh                                 21 November 2010. ( Ahad )
  • Masa                                    9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Tempat                                               Kompleks PKNS Shah Alam
  • Yuran penyertaan          PERCUMA.
  • Sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada 21/11/2010 diKompleks PKNS. Setiap Kawasan diminta menghantar pelajar seramai 10orang untuk program ini. Slot persembahan pelajar Pasti bermula jam 2.00 petang.Pelajar Pasti diminta memakai uniform pelajar Pasti dan guru memakai uniform MGP negeri.(seperti yang dipersetujui dalam taklimat pada 11/11/10)
2)                  Sila ambil perhatian dan tindakan daripada pihak tuan/puan. Perhatian yang tinggi dan kerjasama dari pihak tuan di ucapkan ribuan terima kasih.
“25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan”
“ PASTI FOR ALL ”
Yang Benar,
(Mohd Aslam Bin Mohd Khanani)
Setiausaha Pasti Negeri Selangor.

Sk:  Setiusaha PASTI MALAYSIA

BIL
PERSEMBAHAN
NAMA PASTI
BIL PESERTA
1.
Nasyid.Tajuk:Bersyukur dan Ya Habibi
Ikwanul Muslimin,Kapar
10 orang
2.
Bacaan Hadis
Ikwanul Muslimin,Kapar

10 orang
3.
Hafalan Surah Lazim
Litter Mukmin&AsSolihin,Subang

5 orang
 4.
Boria.Tajuk:PASTI KU
PASTI Darul Ulum 2,Kapar

15 orang
5.
Pantun:Nasihat
An-Najwa,Kuala Langat

5 orang


JUMLAH PESERTA
45 orang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAKLUMAN DARI PASTI NEGERI

KURSUS TRANSISI
Tarikh & Hari : 14-15/12/2010 (Selasa-Rabu)
Tempat : PASTI MALAYSIA, Gombak
Sasaran: 2 org Jurulatih Utama/Kawasan (Guru Pakar/ Ketua Guru)
Pendaftaran : 9.00 PAGI

KURSUS SIJIL PERGURUAN PASTI 1
-Bagi guru-guru yang telah lengkap KAPP1-5 sahaja
-60 tempat disediakan
-Nama yg layak akan dikeluarkan oleh PASTI Negeri Selangor

Tarikh : 19-21/12/2010
Hari : Ahad-Selasa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputusan Peperiksaan Setara Negeri

SUMBER: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/


Pelabuhan Klang, 11 November 2010: Bertempat di dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK), Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang peperiksaan setara PASTI peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 44 orang pelajar 5 dan 6 tahun dari 22 kawasan hadir dalam peperiksaan ini. Turut menemani pelajar ialah ibubapa mereka selain guru pengiring dan wakil Majlis Guru PASTI kawasan masing-masing. Segala penandaan dan pemarkahan dilantik daripada guru-guru yang berkelayakan oleh unit peperiksaan PASTI Negeri. Urusan peperiksaan dan pemarkahan diselia dan dipantau oleh ALP PASTI Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh seluruh PASTI kawasan dan mereka yang membantu menjayakan peperiksaan ini. Tahniah diucapkan buat pelajar-pelajar sekalian kerana berjaya mencuba.

Berikut adalah nama kawasan dan tiga markah tertinggi bagi peperiksaan ini:

5 Tahun1-Gombak: 89%
2-PJS : 88%
3-PJU : 87%

6 Tahun1- Hulu Langat : 95%
2- Gombak : 94%
2- Serdang : 94%

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputusan Hari Bakat PASTI Negeri Selangor

SUMBER: http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
Hulu Langat, 9 Oktober 2010: Demi memartabatkan mutu pendidikan PASTI, PASTI negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Hari Bakat peringkat Negeri Selangor bertempat di SRA Dusun Nanding, Selangor. Pertandingan ini disertai 19 PASTI kawasan melali acara nasyid berkumpulan, pidato(perempuan sahaja), hafazan, sajak, azan(lelaki sahaja), khutbah(lelaki sahaja) dan bercerita. Turut Hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli bin Che Mat yang turut merasmikan majlis penutup.Tahniah bagi mereka yang berjaya.

Berikut adalah keputusan bagi setiap acara yang dipertandingkan

Nasyid(berkumpulan):
Johan : Kapar
Naib Johan : Sepang
Ketiga : Gombak

Pidato(perempun):
Johan : Ain Nur Fatehah Bt Khairol Sam (Hulu Langat)
Naib Johan : Nurain Haziqah Bt Abd Aziz (Sepang)
Ketiga : Nur Farah Firzana Bt Mohd Kasin (Kapar)

Hafazan(lelaki)
Johan : Muhammad Hafizuddin B. Suhaimi (Gombak)
Naib Johan : Emir Ezairee Admad Risyafuddin (Hulu Langat)
Ketiga : Muhammad Aidil Hakim B. Nor Azizi(Puchong)

Hafazan(perempuan)
Johan : Ayuni Soffiyyah bt Mohd Sazani (Gombak)
Naib Johan : Syafiah Najihah bt Mohd Nasir(Hulu Langat)
Ketiga : Nur Fatin Fasina bt. Mohd Fadli

Azan
Johan :Mohd Danial Asraff B. Halimi (Sepang)
Naib Johan : Mohammad Nasihin B. Halim (Kapar)
Ketiga : Nik Muhammad Al-Fatih B. Nik Syahriman (Gombak)

Khutbah
Johan : Harith Hazazi B. Zulani sham (Shah Alam)
Naib Johan : Mohd Afdhal Yamin B. Mohd Affandy (Hulu Langat)
Ketiga : Mohamad Emir Khairi B. Kasrul Kahiri (Subang)

Sajak(lelaki)
Johan : Muhammad Furqab B. Sazali (Ampang)
Naib Johan : Muhammad Alif Aiman b. Rosni Safarin (Hulu Langat)
Ketiga : Shahmirul Ikmal b. Shahrizat (Kapar)

Sajak(perempuan)
Johan : Lydia Husna bt. Mohd Hamid (Kapar)
Naib Johan : Nurhayani bt. Ibrahim (Serdang)
Ketiga : Nur Aleeya Zulaika bt. Zulkarnain (Klang)

Bercerita(lelaki)
Johan : Mohd Ariff (Hulu Selangor)
Naib Johan : Adin Solihin (Klang)
Ketiga : Mohd Naqiyudin b. Mohd Nizam (Kapar)

Bercerita(perempuan)
Johan : Nurin Farisna bt. Syarudi (Kapar)
Naib Johan : Sofea Dalina bt. Azwir (Hulu Langat)
Ketiga : Nur Aliyah Balqia bt. Mohd Taufiq (Sepang)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PASTI KAWASAN PUCHONG RAI PELAJAR 6 TAHUN

Puchong, 7 Nov; PASTI Kawasan Puchong telah melangsungkan Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKP) PASTI kali ke 5 bertempat di SRA Batu 13, Puchong di sini. Ust. Mohd Soffiean Ismail selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong telah merasmikan program tersebut. Program tersebut turut dihadiri oleh Pn. Noorhanim Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Puchong dan En. Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong serta semua Pengurus-pengurus, guru-guru PASTI dan juga ibu bapa pelajar. Majlis tersebut juga telah melancarkan Tabung Misi bantuan banjir Dewan Pemuda PAS Pusat ke Kedah bagi meringankan beban penduduk di Utara Malaysia. Majlis diumumkan oleh Bendahari Jabatan Amal Negeri Selangor, Saudara Mohd Nazree Bin Mohd Aris

Pengerusi PASTI Kawasan Puchong, Sdr. Syairi Jamian pada tahun ini majlis telah melibatkan 10 buah PASTI di kawasan Puchong iaitu PASTI Al-Iqbal, Kg Pulas; PASTI Ainul Mardhiah, Taman Sri Serdang; PASTI As-Syifaa’, Taman Puchong Utama; PASTI Al-Mawardi, Kg. Sri Aman; PASTI Bestari, Pusat Bandar Puchong; PASTI An Nur, Taman Puchong Intan; PASTI Al-Firdaus, Taman Puncak Jalil; PASTI Ar-Raihan, Bandar Kinrara; PASTI Putra Permai, Bandar Putra Permai dan PASTI Al-Huda, Kg Kenangan.

“Seramai 270 orang pelajar 6 tahun pada tahun ini diraikan telah menerima sijil tamat persekolahan dan cenderahati kenang-kenangan.” katanya.

Beliau turut mengumumkan PASTI Kawasan Puchong telah menganugerahkan ANUGERAH KHAS PASTI kepada PASTI Al-Firdaus atas kejayaan PASTI berkenaan diperingkat Kawasan, Negeri dan Pusat. Selain itu, Tokoh Akademik Pelajar 6 tahun PASTI Kawasan Puchong disandang oleh adik Muhammad Arieff Syah B. Syahrizal dari PASTI Al-Iqbal atas kejayaan dalam peperiksaan SETARA peringkat PASTI Kawasan Puchong, manakala Pelajar 5 tahun disandang oleh adik Ayu Humairah dari PASTI Bestari.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Adik Riska Nur Safika Bt. Sufian dari PASTI Bestari dan Alunan Asma’ul Husna dan Lagu Rasmi PASTI oleh kumpulan Nasyid, PASTI Ainul Mardhiah. Selain itu, majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar PASTI yang memenangi tempat pertama semasa program Hari Bakat PASTI Puchong  antaranya, Persembahan Sajak dari PASTI Al – Firdaus; Bercerita, PASTI Ar Raihan dan Nasyid, PASTI Ainul Mardhiah.

Dalam ucapan Perasmian, Ust Soffiean mengingatkan kepada semua hadirin mengenai matlamat pendidikan pra sekolah iaitu Mengembalikan kefahaman masyarakat umum kepada menyedari kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat serta menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PASTI Kawasan atas kejayaan menubuhkan dua buah PASTI baru yang akan beroperasi pada tahun 2011 iaitu, PASTI Al-Husaini di Taman Serdang Jaya dan PASTI Taman Sri Puchong, Taman Sri Puchong dengan harapan agar PASTI ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi bagi melahirkan Insan Soleh di Malaysia

Disediakan oleh Syari Jamian, Pengerusi PASTI Kawasan Puchong sesi 2009-2011
.
Hak Cipta: 8 Nov 2010
GAMBAR SEKITAR MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR PASTI PUCHONG 2010
Tahniah kepada PASTI Al-Firdaus, dinobatkan penerima ANUGERAH KHAS PASTI PUCHONG, Saudara Ahmad Nazarey, Pengurus PASTI  menerima Cenderahati dari Perasmi.
Gambar kenang-kenangan bersama Perasmi, Ust Mohd Soffiean Ismail; Ketua Pemuda, Sdr Rosharizan dengan Pengurus dan Guru PASTI  semasa Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Puchong 2010
Ibu bapa pelajar memenuhi ruang di dewan SRA Batu 13, Puchong
Tokoh Akademik Pelajar 5 Tahun, Adik Ayu Humairah dari PASTI Bestari menerima cenderahati dari Ust. Mohd Soffiean Ismail.




Saudara Mohd Nazree Bin Mohd Aris selaku Bendahari Jabatan Amal Negeri Selangor melancarkan Tabung Misi bantuan banjir Dewan Pemuda PAS Pusat ke Kedah.
Mantap.. Persembahan bersemangat dari kumpulan Nasyid PASTI Ainul Mardhiah..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lawatan Ke Zoo Melaka

Alhamdulillah pada 30 Okt 2010 Sabtu 3 PASTI dari kawasan Puchong iaitu Pasti Bestari, Pasti Al Mawardi dan Pasti As-Syifaa' telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka.  Seramai 37 pelajar dan 14 orang guru telah bersama dalam program ini. Pelajar mula berkumpul jam 7.30 pagi dan kami kami tiba dari Melaka jam 8.15pm.  Banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana. Terima kasih kepada cikgu Ila dari Pasti Ainul Mardhiah yang bersama membantu menjaga palajar.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS