Makluman: Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 . 1) 25 Jan 2015 Bengkel Perhimpunan Pagi & Balik.. 2) 3 FEB 2015 NLP 3) 8 Feb 2015 Bengkel Pengurusan PASTI Puchong 4) 4 April 2015 Pesta Sukan Bola sepak dan Bola jaring 5) 10 Mei 2015 Hari Guru PASTI Puchong 6) 2 OGOS 2015 Alam Ria PASTI Puchong.. Harap Pengurus, guru-guru dan ajk ambil perhatian. Terima kasih atas kerjasama..

Hari Bakat Pasti Puchong

24 Oktober 2010 Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan Hari Bakat PASTI bertempat di Fakulti Ekologi Manusia UPM Serdang. Program berjalan lancar dan meriah dengan kerjasama dari guru-guru, ibubapa, ajk Pasti Kawasan, ajk Pasti cawangan, ajk Pemuda, Nisa dan Dewan muslimat. Ibubapa telah tiba sejak jam 7.30pagi lagi. Acara telah diadakan di 3 dewan kuliah yang sangat selesa.

Hari Bakat pada tahun ini telah dijuarai oleh juara bertahan Pasti Ainul Mardhiah, naib johan Pasti Ar- Raihan dan tempat ke 3 Pasti Putra Permai.  Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar Adun Bangi.  Program turut diserikan dengan kehadiran YDP ustaz Mohd Sufyan Ismail dan KP sdr Rosharizan. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan lebih terancang.









Lihat banyak lagi gambar dalam facebook Pas Puchong dan lagi link Gambar Hari Bakat 2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekitar demo bantah roboh PASTI dan surau Bukit Katil

16 October 2010 ·
Demonstrasi yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Perobohan PASTI dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan mereka. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak PASTI dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan untuk dibuat jalan. Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makluman Program Terkini

Mohon kerjasama dari guru-guru, pengurus dan ajk cawangan untuk mengambil perhatian tentang program yang akan dilaksanakan diperingkat PASTI cawangan dan PASTI kawasan:

1. Peperiksaan semester 2
    11 Okt - 15 Okt 2010  - peperiksaan lisan
    18 Okt - 22 Okt 2010  - peperiksaan bertulis

2. Hari Bakat PASTI Puchong 2010
    Tarikh:  24 Okt 2010 (Ahad)
    Tempat: Fakulti Ekology Manusia, UPM Serdang
    Masa:    8.30pg - 1.15pm

3.  Lawatan ke Zoo Melaka
     Tarikh:  30 Okt 2010 (Sabtu)

     Tempat: Zoo Melaka dan sekitar
     Masa:    7.30pg ( berkumpul di Masjid As-Salam Puchong Perdana)
    Peserta: Pelajar 6 tahun pasti As-Syifaa, Pasti Mawardi, Pasti Bestari dan Pasti Al Huda
    Pakaian: Baju Sukan
    Tarikh akhir: 22 Okt 2010

4. Peperiksaan  Setara Kawasan Puchong
     Tarikh:  4 Nov 2010 (Khamis)
     Tempat: Pejabat Pemuda (Taman Putra Permai)
     Masa:    8.30pg 
     Peserta: Pelajar tempat pertama dan kedua 5 dan 6 thn sahaja.
     Hanya guru kanan sahaja dibenarkan hadir.

      Peperiksaan  Setara Negeri Selangor
     Tarikh:  11 Nov 2010 (Khamis)
     Tempat: Gombak
     Masa:    8.30pg 

     Peserta: Pelajar terbaik Puchong 5 dan 6 tahun sahaja

5. Majlis Jamuan Akhir Tahun MGPKP (menggantikan majlis jamuan hari raya yang tidak sempat untuk diadakan.)
    Tarikh:    5 Nov 2010 (Jumaat)
     Tempat:  Pasti Al Huda, kg Kenangan.
     Masa:    9.00pg 
     Peserta: MGP dan Pembantu Guru

6.  Majlis Anugerah Kecemerlangan peringkat cawangan.
    Tarikh:  6 Nov 2010 (Sabtu)
     Tempat: Pasti cawangan masing-masing
     Masa:    9.30pg

    - setakat PAsti As-Syifaa, Pasti Mawardi dan Pasti An Nur yang dah confirm untuk ambil tarikh ini.

7. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kawasan Puchong
    Tarikh:  7 Nov 2010 (Ahad)
     Tempat: Belom dipastikan lagi
     Masa:    8.30pg
     Peserta:  Semua Pelajar 6 tahun sahaja.
     Guru n pengurus; pakai uniform kawasan yang baru..:-)

Makluman Penting:

1. Diminta semua guru memberi nama peserta hari Bakat selewat2nya pada 15 Okt 2010.  Kelewatan akan menyebabkan nama pelajar tidak dimasukkan ke dalam buku cenderahati dan tiada sijil penyertaan akan diberi.  Harap diserahkan pada kak nor sama hardcopy atau emel ke pasti_assyifaa@yahoo.com.

2. mohon guru kanan menghantar analisa peperiksaan pada kak nor selewat-lewatnya pada 30 Okt 2010.  Boleh bagi semasa hari lawatan tetapi sebaik2nya emel ke pasti_assyifaa@yahoo.com.

mohon kerjasama guru-guru untuk melicinkan gerakerja kita. 

sekian.

Kak Nor
SU MGP merangkap SUK Pasti puchong

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Bakat Pasti negeri Selangor

9 Okt 2010 Sabtu Pasti Kawasan Puchong telah menghantar kesemua peserta dalam semua acara tp keputusan tidak memihak pasti Puchong pada kali ini.  Hanya peserta hafazan dari Pasti As-Syifaa yang mendapat tempat ke 3.  Moga Pasti Puchong akan lebih cemerlang di tahun hadapan insyaallah.



Adik Muhammad Noor Hafiz peserta sajak Pasti Al Firdaus 
Adik Muhd Aidil Hakim dari As-Syifaa peserta hafazan

Adik Nureen Nazifah dari Pasti 3P dalam acara bercerita
Adik Muhd Taqiyuddin dari Pasti Al Huda bagi acara bercerita dengan tajuk kisah nabi Yunus
Adik Siti Mariam dalam acara bercerita dari Pasti Ar Raihan
Adik Anisah dari Pasti Al Mawardi bagi acara sajak 
Dari Pasti An Nur dalam acara Khutbah (pertukaran pelajar disaat akhir)
Nasyid dari Pasti Al Iqbal dengan tajuk Raja Namrud
Guru-guru pengiring
Pengurus dan guru selepas menjamu selera

Saya mohon maaf pada Pasti Bestari dan Pasti Ainul Mardhiah kerana tidak dapat merakam gambar peserta dari kedua-dua pasti tersebut.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan posting pertama ini saya mengharapkan PASTI Puchong akan mempunyai blog sendiri yang sentiasa aktif.  Mudah-mudahan PASTI Puchong gah di alam nyata dan gah juga di alam maya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS